PENAJA ANDA
david59

David Kinuda Rumanggi

Phone : +60105310245

david.toneplus@gmail.com

12 orang daftar yang terawal akan mendapat website
MEMBER AREA
Login ID :


Katalaluan :



Lupa password?
Daftar Sekarang!
BERITA TERKINI
ROADSHOW TONEPLUS TOP

Pengumuman Penting [Sila Klik]

Network Kami

[ More news ]
VISITOR COUNTER
Jumlah Ahli 79
Jumlah Ahli VIP 71
Jumlah Ahli Free 8
Jumlah Visitor 1360717
Jumlah Online 1 online
TOP SPONSOR
  david59 (48)
  259642 (10)
  265338 (7)
  hazel (7)
  270046 (6)
AHLI TERKINI

DEMAREE VELASCO SATIMIN @ FRED.
[ Kota Belud ]
2017-11-11 00:00:00

sharifah binti khalid
[ Sungai Bakap ]
2017-11-09 14:35:20

nur aizil mohd nasir
[ Subang Jaya ]
2017-11-09 14:28:37

Anita bt Abd Aziz
[ Pontian ]
2017-11-09 14:12:33

AZNI SHAH BINTI MOHD SHAH
[ Batu Caves ]
2017-11-09 14:00:17

SITI BALQIS BINTI SHAMSUDDIN
[ Kota Belud ]
2017-11-09 13:58:08

Suhaizah md amin
[ Melaka ]
2017-11-09 00:00:00

Jenin Sukim
[ Sungai Buluh ]
2017-10-29 03:58:46

Nikolos momili
[ KOTA KINABALU ]
2017-10-23 00:00:00

azrin bin masuta
[ kudat ]
2017-10-13 00:00:00

Wanpriklee Rusmin
[ KOTA KINABALU ]
2017-10-04 00:00:00

ADMIN SUPPORT

Untuk sebarang masalah sila hubungi admin di talian +60105075591

LIKEBOX

Soalan Lazim

Siapakah pengendali program Toneplus?

Pengendali program adalah syarikat Tone Group SDN BHD melalui anak syarikatnya Tone Plus SDN BHD. Laman web rasmi pengendali syarikat adalah www.toneplus.com.my.

 

Siapakah toneplus-top.com?

toneplus-top.com merupakan web tidak rasmi Tone Plus yang diwujudkan semata-mata untuk tujuan promosi bagi semua ahli-ahli Tone Plus. Admin berperanan dalam mengedarkan simkad, mendaftar ahli baru  dan membangunkan ahli-ahli dalam program Tone Plus ini.

 

Apakah syarat penyertaan?

Berumur 12 tahun ke atas, mempunyai Kad Pengenalan , mempunyai akaun bank di Malaysia.

 

Boleh tak bukan warganegara menyertai program ini?

Boleh asalkan mempunyai no PASSPORT dan akaun bank di Malaysia.

 

Bagaimana nak sertai?

Untuk meyertai program ini, anda perlu membeli 1 keping simkad Tone Plus, mendaftarkanya atas nama anda sebagai ahli pengguna dan menggunakan sim seperti biasa.

 

Bagaimana nak dapatkan sim ini?

Daftar percuma terlebih dahulu di laman web ini, kemudian LOGINmenggunakan password yang diberi melalui email. Seterusnya klik menuUPGRADE VIP untuk pembayaran dan penghantaran. Sekiranya anda tidak mendapat simkad anda selepas 4 hari membayar, hubungi admin bagi mendapatkan tracking no Pos Laju.

 

Boleh tak  mereka yang BLACKLIST dengan syarikat telekomunikasi join program ini?

Ya, boleh.

 

Kalau saya tidak dapat rujuk orang, saya terkeluar dari program ke?

Tidak, kalau nombor anda sentiasa aktif.

 

Boleh tak kalau jadi ahli program tapi akaun banknya adalah atas nama orang lain?

Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah ahli program perlu mengisi borang memberikan kebenaran kepada syarikat penganjur Tone Plus Sdn Bhd untuk memasukkan jumlah komisyen tersebut kepada akaun yang dinamakan. Boleh isi terus di dalam akaun Tone Plus masing-masing.

 

Bagaimana keahlian boleh tamat?

Cara paling mudah untuk mengetahuai samada keahlian kita tamat atau tidak adalah melihat samada simkad anda masih aktif atau tidak. Jika anda telah Top Up RM5 pun ke dalam Simkad dan ia masih tidak aktif lagi bermakna Simkad telah tamat tempoh maka keahlian Tone Plus anda juga tamat. Untuk pengetahuan, Simkad Tone Plus memberikan tempoh 45 hari untuk Top Up selepas tamat tempoh Top Up anda. Selepas 45 hari, Sim Kad tidak boleh digunakan lagi.Tiada rayuan dibenarkan. Anda perlu buka akaun baru semula jika ingin terus bersama program ini.

 

Bagaimana nak memperbaharui keahlian yang tamat?

Anda perlu beli simkad Toneplus yang baru dan daftar semula. 

 

Bolehkah saya buka banyak akaun ahli atas nama sama?

Boleh. Tetapi penaja mestilah penaja yang sama. Anda dibenarkan mendaftar 9 akaun ahli dengan menggunakan simkad dan nombor Tune Talk berbeza.

 

Saya telah menggunakan simkad Tune Talk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin menyertai program ini dan kekalkan no lama?

Tiada masalah, boleh tapi anda kena dapatkan simkad Tone Plus yang baru. Anda boleh pindahkan kredit dan mata ganjaran Big Point dari sim TuneTalk anda ke sim Toneplus tersebut.

 

Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?

Cara yang mudah adalah masuk ke dalam member area anda www.toneplus.com.my dan klik bahagian Geneology. Anda boleh melihat secara keseluruhan ahli di bawah rangkaian anda.

 

Apakah syarat untuk menikmati komisen?

Top Up minimum terkumpul RM30 sebulan.Sekiranya top up anda tidak cukup RM30, anda tidak layak dapat komisyen pada bulan itu sahaja dan komisyen ini tidak dikembalikan. Jika bulan berikut anda Top Up RM30, maka anda layak semula dapat komisyen bulan berikut.

 

Bagaimana cara maintain Top Up RM30 bulanan ini dikira?

Top Up RM30 anda dikira mengikut tarikh kalendar tahunan. Ini bermakna ia bermula pada 1 haribulan sehingga tarikh akhir bulan tersebut samada 28, 30 atau 31 haribulan.

 

Apa laman web rasmi syarikat nak tengok kedudukan kumpulan dan komisyen?

Laman web rasmi ahli adalah di www.toneplus.my. Setelah anda secara rasmi menjadi ahli program maka anda akan mempunyai satu akaun peribadi disini. Sila Login untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen anda. Sila edit sebarang perubahan maklumat yang ingin dilakukan.

 

Setelah menjadi ahli rasmi program, anda akan dibekalkan dengan username iaitu No IC/passport anda dan password iaitu 1234 yang boleh diubah semula oleh anda. Anda boleh mendaftarkan ahli pengguna baru di laman web rasmi ini.

 

Kalau saya terlupa password untuk masuk ke laman web rasmi syarikat untuk melihat komisyen?

Anda boleh RESET password di paparan utama website. Sekiranya masih tidak berjaya, sila buat panggilan secara terus ke Ibu Pejabat dan bekalkan maklumat peribadi kepada mereka. Ibu Pejabat akan setting semula password untuk anda.

 

Bagaimana dengan coverage Toneplus?

Coverage Toneplus dikuasakan oleh Tune Talk menggunakan infrastruktur Celcom. Jika coverage Celcom di kawasan anda bagus maka Toneplus pun sama juga. 

 

Saya nak kekalkan no lama saya, tapi saya lupa no lama saya didaftarkan atas nama siapa?

Boleh semak melalui SMS

1. Pengguna CELCOM : Taip = BDAY STATUS hantar ke 28882

 

2. Pengguna DIGI : Taip = CHECKID 800719036028 hantar ke 2000

 

3. Pengguna MAXIS : Taip = 800719036028 hantar ke 22011

 

4. Pengguna U-Mobile : Taip = VERIFY 800713036028 hantar ke 28011

 

Pastikan NAMA & IC anda BETUL sebelum port-in bagi mengelak rejection. Jika maklumat tidak tepat, sila ke service center telco lama anda untuk perbetulkan kesilapan maklumat yer.

 

Saya nak kekalkan no lama, tapi no lama tu line/postpaid, kalau boleh perlu ke saya terminate line tu dulu?

Boleh, asalkan no itu register menggunakan IC anda sendiri. Tapi kalau dia sudah berjaya dipindahkan, ia akan jadi prepaid, sebab Tone Plus tiada postpaid/line. No menjadi no lama, tapi ia prepaid. Ingat, untuk kekalkan no lama, anda JANGAN TERMINATE line itu dahulu, nanti langsung tak boleh nak kekalkan no lama. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah bayar bil2 tertunggak dulu.

 

Saya nak kekalkan no lama, tapi no ini adalah no supplimentari (nombor tambahan) family saya, boleh ke?

Tidak boleh. No suplimentari tidak boleh dipindahkan. Pergi ke center telco lama, dan ubah dahulu jadi line utama.

 

Boleh x tukar no sedia ada yang telah didaftar?

Boleh, kena login di selfcare akaun untuk menukar nombor telefon yang didaftarkan.
 
Sila rujuk langkah-langkah untuk login ke akaun selfcare anda:
 
1. Pergi ke laman web www.tunetalk.com
2. Klik Selfcare
3. Klik di Forgot password/username (sekiranya anda tidak mempunyai password untuk selfcare)
4. Pilih forgot password dan masukkan NRIC serta nombor telefon anda.
5. Password tersebut akan dihantar ke telefon anda (dipaparkan di screen telefon)
6. Sila login dengan password yang diberi.
7. Setelah login, sila klik di bahagian "MY NUMBERS" dan pilih "CHANGE NUMBER" untuk menukarkan nombor telefon. Setiap penukaran nombor hp, tunetalk akan charge RM5 kepada kita.

 

Insuran RM50,000 PERCUMA, boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance kemalangan tu?

Tengok kat sini yer.
http://www.tunetalk.com/my/services/insurance
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancepolicy
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancefaq

 

Sekiranya anda masih ada pertanyaan lain, anda boleh terus berhubung dengan Admin atau Penaja anda